Hiasan Sahaja..Hehehe

Monday, December 27, 2010

Fenomena Peperiksaan Umum.

Assalamualaikum...alhamdulillah...pada kali ini dapat lagi ana bertemu sidang pembaca sekalian....lega rasanya selepas tamat peperiksaan STPM yang lepas....Secara keseluruhannya,Alhamdulillah dapat jawab dengan baik..cuma sekarang ni,,,ana hanya berserah pada Allah S.W.T sahaja...kerana semuanya adalah dibawah naungan Nya...Kita dah merancang dan berusaha...sekarang berserah sahaja,,,

Pada kali ini ana ingin mengajak sidang pembaca untuk kita sama-sama menelusuri post ana kali ini berkaitan dengan tajuk yang ana dah tulis kat atas....

Yaaa...tepat sekali..tentang fenomena peperiksaan umum...
Bila bercakap tentang peperiksaan umum nih...semestinya tentang..
dan juga...
semua peperiksaan ni...adalah peperiksaan besar yang bakal di hadapi oleh pelajar-pelajar di malaysia...kecuali STPM kerana STPM hanya diambil bagi pelajar yang menyambung pengajian mereka ke peringkat Pra-Universiti ataupun dahulunya dikenali sebagai Ting.6...

Ana tak nak menerangkan tentang segala yang berkaitan dengan peperiksaan ni tapi ana ingin becerita tentang gelagat manusia (kita) apabila berhadapan dengan semua peperiksaan ni...

Ana membahagikan skop cerita ini kepada beberapa bahagian..
1.Sebelum menghadapinya.
2.Semasa menghadapinya.
3.Selepas menghadapinya(tunggu result)
4.Selepas dapat result.

dalam setiap setiap skop ini akan menceritakan pula gelagat manusia(kita) kita dalam situasi tersebut..

Situasi pertama ketika sebelum menghadapi peperiksaan...Ketika ni...memang tidak dapat di nafikan bahawa hampir semua pihak memainkan peranan yang besar....ketika ini guru akan sibuk mangadakan modul-modul soalan...bengkel-bengkel..kursus motivasi dan sebagainya sebagai persedian bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan...pelajar pula makin sibuk dengan latihan..tiada masa untuk melepak hanya buku dan pena menjadi teman....
Disekolah...majlis bacaan yassin dan solat hajat diadakan...memohon kejayaan daripada Allah yang Maha Esa....Si Ibu Dan Ayah di rumah..tidak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak mereka....ketika ini segala kudrat dikerah dengan sekerah-kerahnya....semuanya disebabkan peperiksaan yang bakal menjelma....

Situsi kedua pula...saat berada dalam zon peperiksaan yang besar ini...banyak perkara-perkara ajaib atau magic akan berlaku....siapa ahli magis ini....KITA la....ketika ini kita akan lihat musolla akan penuh,,..begitu ramai pelajar yang beri'tikaf di masjid..ketika ini juga ramai yang baru mengenali solat berjamaah...Isnin dan khamis pula makin ramai yang berpuasa sunat..jika dahulu tidak kerap solat jamaah...ketika ini semuanya akan solat berjamaah...ketika ini juga malam didirikan dengan solat hajat,taubat dan witir...Ini semua fenomena yang berlaku ketika berada di zon peperiksaan....ketika ini ana pernah terdengar dari mulut seorang sahabat ana...macam munafik ja...sebelum ni tak ingat nak beribadat cam ni(seperti diatas).....
Ana tanya antum semua...Kalau orang tu tak ingat lansung nak beribadat walaupun berada dalam zon peperiksaan cam na?berbanding orang yang baru nak ingat apabila berlaku kesusahan...?

Situasi ketiga...dah habis exam....semua seronok sangat bila exam dah habis....ketika itu tahniah diucapkan bagi yang istiqamah...yang dah terlupa....ingat,anda dah habis exam,tapi dah confirm ker dapat result cemerlang...ketika ini sepatutnya doa,solat,puasa yang kita lakukan perlu diteruskan....tanda kita masih bergantung pada Allah...Tapi kebanyakkannya dah lupa...ada yang berkata...masa exam hari tu tak dapat nak buat....skarang exam dah habis boleh nak buat macam-macam...knpa??exam dah habis...Ketika ini juga ada yang terlibat dengan plkn.....ada yang mula cari kerja...ada yang terus mengembara mencari ilmu...dan sebagainya....

Situasi terakhir..setelah mendapat result....waktu ini kita dapat melihat wajah-wajah kegembiraan pelajar yang cemerlang...si ibu dan bapa yang menangis dengan kejayaan anak-anak mereka...tada pula yang berwajah muram kerana result yang diperoleh....tidak cemerlang...ada juga dek kerana result tak cemerlang...ada yang sanggup bunuh diri...Nauzubillahhiminzalik....

Sidang pembaca sekalian...ini lah fenomena manusia(KITA) dengan semua peperiksaan ini....
Banyak gelagat-gelagat manusia(KITA) ini yang boleh kita ambil hikmah daripadanya...ana menasihatkan diri ana secara khasnya...
pertama,ketika sebelum menghadapi peperiksaan...begitu banyak persediaan yang kita lakukan semata-mata untuk peperiksaan umum itu....oleh itu untuk kita bertemu Allah yang maha Esa..kita juga perlukan bekalan yang baik agar kita tidak gagal di akhirat dan menjadi hambanya yang cemerlang selepas menghadapi peperiksaan di Dunia.....
Kedua...kebanyakkannya kita memandang serong pada orang yang mula berbuat baik apabila exam...bagi ana...ni pendapat jer...orang sebegini jangan kita pandang serong...tapi perlu kita bimbing...kerana mereka masih ada lagi kesedaran...berbanding orang yang tidak berubah walaupun waktu exam....ini kerana sudah menjadi fitrah manusia yang akan ingat pada Allah apabila berlaku kesusahan...tapi kesedaran itu janganlah...ketika exam sahaja...sebaiknya kita harus terus untuk berusaha istiqamah...walaupun istiqamah itu adalah satu cabaran yang besar....

ketiga,keadaan manusia(KITA) yang mudah lupa pada Allah...lepas exam ja...dah anggap bebas...nak buat apa yang tak boleh buat waktu exam....ana menasihatkan diri ana agar tidak bersikap sedemikian....jangan kita jadi seperti umat nabi Musa A.S..yang kufur kepada Allah selepas terlepas dari ancaman Firaun...

keempat....kejayaan yang datang kepada kita sebenarnya bukanlah milik kita ia datang daripada Allah...dan kegagalan itu bukanlah...satu malapetaka bagi kita...tetapi ia adalah ujian kepada kita.....bahkan ia boleh menjadi satu kebaikan bagi kita,,kerana Hadis Rasulullah mafhumnya...
"Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya,maka Allah akan memusibahkannya"

Itulah coretan untuk ana....semoga dapat memberi kesedaran buat diri ana dan sidang pembaca...Wallahua'lam...assalamualaikum.....

2 comments:

lianazulak said...

alhamdulillah,

akhirnya update juga blog enta.
tahniah kerana sudah selesai menempuhi peperiksaan,sekarang ana pula menempuhinya.

apabila ana baca post enta, macam kat dalam persidangan forum ataupun parlimen pulak.mesti banyak kali masuk ni.

walau bagaimanapun teruskn menulis kerana Allah Taala.

Abdul Rahman Ibn Mahadi said...

harap-harap dapat la ana jadi ahli parlimen suatu hari nanti...kot2 doa anti dikabulkan...ana doakan anti agar diberi kemudahan untuk menjawab soalan dalam exam...dan mendapat keputusan yang cemerlang yang terbaik buat anti...assalamualaikum...