Hiasan Sahaja..Hehehe

Friday, March 26, 2010

Permulaan Perjalanan Dalam Meniti Kehidupan.



Assalamualaikum...salam pertemuan buat sidang sahabat yang dikasihi.....hamba yang hina di sisi tuhannya ini cuba menukil sedikit coretan yang sudah terukir di hatinya, khas buat tatapan sahabat-sahabat yang menjengah seketika blog ini...

Tiadanya penghujung jika tiadanya pangkal...tiadanya akhir jika tiadanya mula..pincangnya mula jika jika tiada akhirnya....

Dalam meniti KEHIDUPAN DUNIA yang hanya untuk seketika....,kita akan bermula dengan satu perjalanan yang sebenarnya akan MEMBAWA kita ke DESTINASI yang hanya kita tahu,,

jika kita Mengetahui apa matlamat kita hidup di dunia ini....

perumpamaanya mudah...,"membawa kereta tanpa mengetahui destinasi yang hendak ditujui pasti akan merumitkan kerana seperti apa yang telah saya katakan seperti diatas,...sesuatu permulaan menuju destinasi akan pincang tanpa tiada destinasi akhirnya...

sebagai insan yang sedang meniti perjalanan ini, seWAJIBNYA kita perlu segera memilih di manakah destinasi yang terakhir....
buat kita

Untuk di permulaan perjalanan kehidupan ini..jatuh dan bangun adalah lumrah sebagai manusia yang mencari kejayaan...andai kukuh jiwa....,terjatuh kita bangun segera...,andai goyah jiwa..,terjatuh dan hampa merana....


"Perumpamaannya andai ketika sedang bertatih dalam berjalan sewaktu kita berumur 3 tahun...kita bertatih berjalan..jatuh,kita bangun semula....bayangkan andai ketika itu kita tidak tabah,pastinya kita tidak dapat berjalan hingga hari ini..jadi,sebagai insan yang sedang bertatih dalam berjalan mencari kejayaan...andai kita rebah dan jatuh,,usah goyah..teguhkan jiwa bangun semula...pastinya destinasi kejayaan akan tiba jua..
"



KITA sebagai MUSLIM sudah mempunyai jalan yang perlu dituju.......tahukah kita mana hendak dituju...??