Hiasan Sahaja..Hehehe

Tuesday, May 17, 2011

Kita Semua Ada Jawatan.....

Assalamualaikum.....selamat bertemu kembali....sudah lama tak bersua...terasa rindu kian mencengkam....hahahah..bersastera la pula ana nih...sebagai seorang guru ana susah sikit nak luangkan masa untuk menulis...mungkin ada yang tertanya...."ada blog tapi bukan nak update2" hehehe...ada sebab nya

1.ana bukan seorang yang pandai menulis...
2.apa yang dah ana tulis semuanya I wrote it myself...ana tak amik kat mana2 blog or internet
(so agak susah sikit jika seorang yang bukan penulis nak menulis sendiri)
3.dah kerja sebagai guru nih jadi sibuk sikit...

Apa2 pon ana cuba curi masa untuk meluangkan masa ngan blog ana nih..

Hmmmm...sibuk????

Apa jawatan Kita???
tidak dinafikan kita semua ada jawatan dan dengan jawatan itu akan membuat kita sibuk...
yang menjawat jawatan sebagai Boss mesti lah sibuk nak uruskan officenya...yang menjawat jawatan sebagai pekerja mesti akan sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan...yang cikgu akan sibuk dengan mendidik muridnya...yang pelajar akan sibuk dengan belajarnya...dan seribu satu macam jawatan yang kita jawat....pasti akan membuat kita sibuk dengannya

namun...adakah kita sedar kita sebenarnya kesibukkan kita menjawat jawatan semua itu tidak membawa kita kemana..bahkan mungkin hanya boleh memberi kebahagian kepada kita di dunia sahaja JIKA....kita tidak cuba menyibukkkan diri dengan jawatan yang sebenar sudah lama kita jawat sejak kita teriak menangis semasa dilahirkan....

Apa jawatannya??
Ada tiga jawatan...
1.Khalifah Allah
Didalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud "dan Tuhan mu berfirman kepada malaikat sesungguhnya aku ingin menjadikan khalifah di bumi ini......."(ilal akhir ayat)

Ini adalah dalil bahawasanya kita sudah pon ditaklifkan Allah S.W.T untuk menjadi khalifah diatas muka Bumi...mentadbir bumi...menjaga dari kerosakkan...dan memurnikan bumi ini dengan apa yang telah diperintahkan....

2.Abdullah...(hamba Allah)
Jawatan kita yang kedua ialah sebagai hamba Allah....Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat pada Ku"
ini lah dalil yang kedua kita untuk membuktikan yang sebenarnya kita mempunyai jawatan sebagai Hamba Allah...

3.Daie(pendakwah)
Dan jawatan yang ketiga ialah...sebagai pendakwah...Allah Berfirman di dalam Al-quran yang mahhumnya..."kamu ialah sebaik2 umat yang dikeluarkan untuk manusia menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran"(ilal akhir ayat)

Begitu lah....sama ada sedar atau tidak ini lah jawatan terbesar yang kita semua miliki...jawatan ini ada pada semua manusia yang mengaku sebagai MUSLIM....tidak kira KAYA,MISKIN,MUDA ataupon TUA....semuanya mempunyai jawatan ini....
Persoalannya??pernahkah kita sibukkan diri dengan dengan jawatan kita ini....

Terus Bersama saya pada post yang akan datang untuk menghuraikan ketiga2 jawatan tersebut...
sama2 kita nantikan....
Senyum2 selalu...BarakAllahufikum
Asslamualaikum....