Hiasan Sahaja..Hehehe

Wednesday, June 30, 2010

Putus Cinta...??





Assalamualaikum...sidang pembaca yang di kasihi..Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak mengupdate blog ini, akhirnya dapat lagi saya meluangkan masa untuk bersama berkongsi sedikit buah fikiran untuk tatapan pembaca,bukan sekadar tatapan tapi juga sebagai renungan untuk kita sama-sama memuhasabah diri dalam kita menelusuri kehidupan dunia yang sementara ini dan jalan yang penuh dengan onak dan duri fitnah dunia...

Saudara dan Saudari yang saya kasihi....Mungkin saudara dan saudari pernah bersiar-siar dan berjalan-jalan bersama rakan atau bersama ibu bapa di kota juga di desa...dan mungkin juga ketika saudara dan saudari sedang menikmati keindahan cipataan tuhan di taman-taman rekreasi,saudara dan saudari pernah terlihat pasangan anak muda yang sedang asyik berpacaran...sungguh mesra melihat telatah mereka ketika sedang memadu cinta dan asmara...ada yang berpegangan tangan, berpelukan dan bermacam-macam lagi yang saya rasa tak perlu dikhabarkan kerana semuanya sudah sedia maklum tentang telatah anak muda yang sedang asyik bercinta.....

Haiihh......macam mana la....

Ya memang mesra...tapi itu cuma sementara...kita dapat lihat memang ramai anak muda yang sedang asyik bercinta,namun begitu ramai juga yang putus cinta....

Saudara dan saudari....disini saya ingin meceritakan sedikit tentang rentetan kesan daripada putus cinta jika si pecinta itu terlalu taksub dengan cinta yang dibinanya yang hanya mampu bertahan untuk tempoh masa yang sementara.....


1.Si perempuan atau si Lelaki telah ditinggalkan oleh pasangan mereka...mereka berasa terlalu sedih...kerana mereka berkata "aku cintakan dia sepenuh jiwa dan raga ku....dialah sumber inspirasi ku..." dan bermacam-macam lagi ayat-ayat yang kita dengar daripada luahan orang yang telah putus cinta....

2.Kehidupan mereka jadi tak tentu hala....ibarat kata pepatah " mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena..." lebih kurang macam tu lah....jika dia seorang pekerja di pejabat...maka prestasinya akan hambar...jika dia seorang pelajar...maka prestasi akademiknya akan menurun..


3.Namun....kesan diatas itu,tak lah sehebat mana....ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai tahap pemikiran yang cetek...
ada yang sanggup mengambil jalan yang paling di murkai Allah....mereka sanggup membunuh diri,hanya kerana kekasih yang selama ini dicintai sudah tidak mencintainya lagi...
Ada pula yang sanggup membunuh kekasih baru bagi kekasih lamanya....
Astaghfirullahalazim....


Sidang pembaca yang saya kasihi.....sepatutnya...renung semula dalam diri kita...apa sebenarnya cinta yang kita faham..??apa perlu untuk kita bercinta..??tiada ker yang nak mencintai kita jika kita tak bercinta....??

saudara dan saudari....cinta adalah rasa fitrah semula jadi yang dikurniakan Allah dalam diri setiap manusia.....cinta itu suci....jadi wajarkah kita untuk memubuat sesuatu yang akan mencemarkan kesucian cinta yang dicipta tuhan dengan MAKSIAT???

Allah sentiasa mencintai kita....apa buktinya...?kita dikurniakan pelbagai yang nikmat...dimana nikmat itu sebenarnya kita sendiri tidak dapat untuk menghitungnya...
Allah mencintai hambanya dengan memberi nikmat,wajarkah kita mebalasnya dengan maksiat...

sebelum kita ingin bercinta, fikir seketika...sudahkah kita mencari cinta Allah...??
Jika belum...cintalah pada Allah terlebih dahulu....carilah cintaNya terlebih dahulu...jika anda sudah menjumpai cintaNya...sedarlah,bahawasanya,anda baru sahaja menjumpai cinta Allah dan ingin mula menncintai Allah...sedangkan Allah sudah lama lagi mencintai anda....Subhanallah...


saudara dan saudari...seharusnya jika kita putus cinta...bukan kesan-kesan di atas yang kita patut lakukan...tapi sebaliknya.....
jika putus cinta.....kita kena sentiasa fikir ada ramai lagin yang akan mencintai kita...keluaraga rakan, dan juga pencipta kita Allah SWT......

jika orang yang putus cinta rasa hidup jadi tak tentu hala...sepatutnya,orang yang putus cinta perlu lebih bersemangat....jika di pejabat tingkatkan prestasi kerja...jika pelajar di sekolah...perlu tingkatkan lagi usaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran....kerana mereka perlu sedar ketika itu,anda bebas daripada dosa maksiat bercinta...tiada dosa bermakna tiada penghalang untuk Allah memberi kejayaan pada kita...justeru itu anda wajib berasa bersyukur...

Saudara Dan saudari.....saya rasa setakat ini sahajalah coretan yang dapat saya kongsikan bersama semua.....diharapkan ia dapat memberikan pengajaran kepada diri saya khususnya...dan kepada semua ikhwah dan akhowat secara amnya....
Terima Kasih,,,Assalamualaikum....

Tuesday, April 13, 2010

MODAL INSAN DAN ISLAM...




Assalamualaikum diucapkan kepada sidang pembaca yang dikasihi sekalian, pada ruangan kali ini, penulis ingin menceritakan tentang penyertaan penulis dalam pertandingan forum remaja peringkat zon dan daerah kelang. Pada 7 & 8 April 2010 yang lalu,penulis bersama rakan-rakannya iaitu dua lagi putera dan dua puteri telah pergi ke SAMT Hishamudin bagi pertandingan forum remaja tersebut. Alhamdulillah pasukan forum KISAS telah menjadi johan pada peringkat zon A, untuk melayakan diri ke peringkat daerah pada esok harinya. Kejayaan di peringkat zon itu bertambah manis apabila ahli panel pertama dan pengerusi forum KISAS telah dinobatkan sebagai pemforum dan pengerusi forum terbaik.


Pada peringakat daerah pula,bertempat dan membawa tajuk yang sama iaitu "Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama", KISAS telah sekali lagi di nobatkan menjadi johan pertandingan forum remaja peringkat daerah kelang dan seterusnya akan mewakili daerah kelang ke peringkat negeri. Alhamdulillah, penulis masih dapat lagi memepertahankan gelaran pengerusi terbaik,namun sebaliknya pada ahli panel pertama tidak mempunyai nasib yang baik.

Begitulah cerita yang ingin dikongsi penulis untuk sidang pembaca pada kali ini, namun sebenarnya perkara utama yang ingin penulis kongsikan ialah berkenaan dengan tajuk forum yang dibawa oleh pasukan forum KISAS iaitu "Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama".

Penulis percaya bahawa setiap daripada kita semuanya sudah sinonim dengan ungkapan modal insan kelas pertama.

Modal Insan adalah idealogi yang telah dijana oleh mantan perdana menteri malaysia yang kelima iaitu Tun Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi. Namun sebagai rakyat Malaysia, adakah kita tahu akan maksud sebenar ungkapan tersebut??Dan sebagai ummat Islam adakah kita tahu apa kaitannya dengan Islam??

Sidang pembaca yang dikasihi, secara ringkasnya modal insan bermaksud sumber tenaga atau sumber manusia. Kitalah sebenarnya yang dikatakan sebagai modal insan. Kita adalah modal insan yang menjadi harapan kepada pemangkin kemajuan negara.

Penulis ingin memberi satu analogi mudah agar sidang pembaca dapat lebih mamahami apa yang dikatakan dengan modal insan itu. Kita di beri sebidang tanah yang berpotensi untuk dimajukan,namun kita tidak mempunyai sumber tenaga untuk membangunkannya...akhirnya tanah itu terbiar begitu sahaja.

Begitulah dengan konsep kita...kita adalah sumber tenaga,dan negara kita adalah tanah..jika kita tidak dapat membangunkannya maka negara akan menerima nasib sama dengan tanah tersebut.

Persoalan kedua,selaku Umat Islam...adakah kita tahu apakah kaitannya modal insan ini dengan Islam??

Jika sidang pembaca memahami konsep dan analogi yang telah dijelaskan penulis sebetar tadi maka sahabat pembaca tidak mempunyai masalah untuk memahami apa yang ingin disampaikan penulis berkenaan hubung kait modal insan dengan Islam.

Kita adalah ummat Islam..dan Islam adalah agama kita...Islam is the way of life...bagaimana Islam dapat berkembang maju jika kita selaku modal insan atau sumber tenaga bagi Islam tidak dapat berbakti pada agama.

Masyarakat Islam sendiri sekarang ini sudah hanyut jauh dengan fitnah dunia. Sering terlibat dengan pesta liar,clubing dan sebagainya yang sebenarnya hanya membantu untuk menjatuhkan maruah Islam sebagai agama yang paling tinggi dan mulia disisi Allah.

Adapun begitu ada masyarakat yang tidak menghiraukan dengan kesempurnaan agama Islam yang telah di ketepikan.Walaupun wujud masyarakat yang memahami agama namun mereka hanya berpeluk tubuh demi menjaga periuk nasi tanpa memikirkan ke aslian agama Islam itu yang mana Hak Islam itu telah di rampas kerana tidak dapat dilaksnankan secara menyeluruh.

Jadi sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kepada negaranya,dan ummat Islam yang sayang pada agamanya...bangunlah majukan negara,tegakkan agama.

Sekian sahaja daripada penulis pada kali ini, semoga berjumpa lagi asslamualaikum.

Sunday, April 4, 2010

Sedikit Coretan Renungan buat diri penulis

Jumaat,2 April 2010, dada-dada akhbar tempatan telah diselitkan dengan berita yang mengejutkan iaitu tentang kematian seorang anak seni tanah air.Allahyarham merupakan seorang pelakon,dj radio,pelawak telah diserang penyakit denggi berdarah dan dijangkiti virus kencing tikus.Ekoran daripada serangan peyakit yang bahaya itu,hati dan buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan akhirnya membawa kepada kematian.Allahyarham yang terkenal dengan jolokan nama Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad telah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.Ucapan takziah penulis hulurkan kepada keluarga Allahyarham

Begitulah kehidupan manusia....dalam menelusuri jalan di dunia ini pastinya kita kan mengakhirinya...penulis menasihatkan dirinya dan juga sidang pembaca agar sentiasa mensyukuri nikmat yang sedia ada yang telah di kurniakan oleh Allah yang maha Esa.Nikmat yang dikurniakan hendaklah digunakan ke arah yang boleh membawa kepada taqarrub diri pada Allah.

Perlu diingat bahawa nikmat yang dikurniakan ini perlu dibalas dengan amal ibadat bukannya dengan maksiat.
Kerana kita tidak tahu sama ada kita dapat menggunakan nikmat itu dengan baik sementara menanti kehidupan yang seketika ini..

Rasulullah telah bersabda mafhumnya, "ingatlah lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati..."

Hadis ini kerap kali kita dengar di masjid-masjid dan surau-surau juga di corong-corong radio sama ada dalam bentuk ceramah atau pun nyanyian nasyid.

Sebagai insan yang lemah, iktibar dan pengajaran perlu kita halusi, agar mesej yang ingin disampaikan dapat kita fahami.

Yang telah kembali,akan pergi bertemu ilahi,
yang masih tinggal di dunia fana ini teruskan mengabdikan diri untuk bekalan diri...

Penulis teringat akan bait nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Inteam

"Dunia ini hanya pinjaman,untuk menguji keimanan...
akhirat nanti yang menentukan,balasan syurga atau pun neraka..
mengapakah dunia yang dikejari,sedangkan ia kan ditinggal pergi..apalah gunanya harta di sisi..tika jasad terbujur terkaku mati....BAYAGKANLAH JIKA DI DUNIA INI BEKALAN TERHENTI MUDAH DICARI..BAGAIMANA PULA DISANA NANTI...TANPA BEKAL PAHALA KITA YANG RUGI..."


Oleh itu penulis menyeru kepada dirinya agar senantiasa beristighfar memohon keampunan dosa-dosa yang lalu dan dosa yang dilakukan tanpa sedar.Semoga maghfirah wa rahmah sentiasa di sisi..Amin Ya Rabbal Alamin.....