Hiasan Sahaja..Hehehe

Sunday, April 4, 2010

Sedikit Coretan Renungan buat diri penulis

Jumaat,2 April 2010, dada-dada akhbar tempatan telah diselitkan dengan berita yang mengejutkan iaitu tentang kematian seorang anak seni tanah air.Allahyarham merupakan seorang pelakon,dj radio,pelawak telah diserang penyakit denggi berdarah dan dijangkiti virus kencing tikus.Ekoran daripada serangan peyakit yang bahaya itu,hati dan buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan akhirnya membawa kepada kematian.Allahyarham yang terkenal dengan jolokan nama Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad telah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.Ucapan takziah penulis hulurkan kepada keluarga Allahyarham

Begitulah kehidupan manusia....dalam menelusuri jalan di dunia ini pastinya kita kan mengakhirinya...penulis menasihatkan dirinya dan juga sidang pembaca agar sentiasa mensyukuri nikmat yang sedia ada yang telah di kurniakan oleh Allah yang maha Esa.Nikmat yang dikurniakan hendaklah digunakan ke arah yang boleh membawa kepada taqarrub diri pada Allah.

Perlu diingat bahawa nikmat yang dikurniakan ini perlu dibalas dengan amal ibadat bukannya dengan maksiat.
Kerana kita tidak tahu sama ada kita dapat menggunakan nikmat itu dengan baik sementara menanti kehidupan yang seketika ini..

Rasulullah telah bersabda mafhumnya, "ingatlah lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati..."

Hadis ini kerap kali kita dengar di masjid-masjid dan surau-surau juga di corong-corong radio sama ada dalam bentuk ceramah atau pun nyanyian nasyid.

Sebagai insan yang lemah, iktibar dan pengajaran perlu kita halusi, agar mesej yang ingin disampaikan dapat kita fahami.

Yang telah kembali,akan pergi bertemu ilahi,
yang masih tinggal di dunia fana ini teruskan mengabdikan diri untuk bekalan diri...

Penulis teringat akan bait nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Inteam

"Dunia ini hanya pinjaman,untuk menguji keimanan...
akhirat nanti yang menentukan,balasan syurga atau pun neraka..
mengapakah dunia yang dikejari,sedangkan ia kan ditinggal pergi..apalah gunanya harta di sisi..tika jasad terbujur terkaku mati....BAYAGKANLAH JIKA DI DUNIA INI BEKALAN TERHENTI MUDAH DICARI..BAGAIMANA PULA DISANA NANTI...TANPA BEKAL PAHALA KITA YANG RUGI..."


Oleh itu penulis menyeru kepada dirinya agar senantiasa beristighfar memohon keampunan dosa-dosa yang lalu dan dosa yang dilakukan tanpa sedar.Semoga maghfirah wa rahmah sentiasa di sisi..Amin Ya Rabbal Alamin.....

No comments: