Hiasan Sahaja..Hehehe

Saturday, January 1, 2011

Bunga Terpelihara Bunga Idaman....

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


Assalamualaikum....bertemu lagi kita dalam post ana yang seterusnya..apa khabar sidang pembaca sekalian..ana berharap agar anda semua berada dalam keadaan sihat wal a'fiat hendaknya...InsyaAllah....

Pada peminat nasyid mungkin anda semua sedia maklum dengan lirik lagu diatas...namun begitu biarlah ana beri tahu bahawa lirik lagu di atas adalah lirik lagu nasyid yang berjudul "Puteriku Sayang.." yang telah di popularkan oleh kumpulan Hijjaz...

Pada kali ini ana tertarik untuk berbicara berkenaan lagu diatas...dalam masa yang sama lagu ini adalah lagu kegemaran seorang sahabat ana yang banyak membantu ana dalam Bahasa Inggeris..dan sekarang dia sedang melanjutkan pelajarannya di Alexanderia Al-Azhar dalam bidang perubatan...

Ana cuba ingin membawa mesej yang terkandung dalam lagu ini buat tatapan semua...
secara keseluruhannya lagu ini adalah satu nasihat buat kaum hawa terutamanya remaja perempuan...

Pada ana wanita itu adalah ciptaan Allah yang kedua selepas Adam..iaitu Hawa...kita singkap kembali mengapa Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk nabi adam,kenapa tidak dari kaki, kenapa tidak dari kepala tetapi mengapa di bahu?

Bukan dari kaki untuk di alasi..bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat di bahu untuk dilindung...dekat jua di hati untuk di kasihi....
Ini lah keunikan wanita dari sejarah penciptaannya...

Tetapi ana berasa agak dukacita dengan melihat keadaan remaja perempuan sekarang...ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dengan pelbagai gejala sosial...ana,di sini bukan hendak memburukkan wanita,kerana ana juga memiliki adik perempuan,dan emak ana juga wanita...tetapi ana cuma ingin menyedarkan wanita khususnya remaja perempuan agar kembali kepada fitrah mereka...

Tahun 2010 melakar sejarah dengan dakwat hitam yang hodoh apabila rekod pembuangan bayi adalah yang terbanyak dari tahun sebelum-sebelumnya....segalanya berpunca dari hubungan luar nikah yang dilakukan anak remaja kini...mungkin dalam kalangan anak gadis tertipu atau terpedaya...tetapi saudari sekalian,ingatlah rangkap ketiga daripada lagu ini...(boleh rujuk di atas)

Kita juga mengetahui akan sejarah Islam tentang insan-insan yang terkorban di jalan Allah.....antaranya Sumayyah,Mashitah dan ramai lagi yang ana rasa anda semua lebih maklum...

Jadi insan-insan seperti inilah yang seharusnya menjadi sumber kekuatan dalam diri setiap wanita dalam meneruskan perjuangan menjadi sebagai seorang hamba Allah....

Ana pernah terdengar dalam satu tazkirah..muzakkir itu mengatakan seorang ulama pernah menyatakan bahawa untuk melihat manusia disuatu zaman itu...lihatlah pada wanita...jika baik wanita pada zaman itu..maka baiklah manusia..jika buruk wanita pada zaman itu maka buruklah manusia....

Penjelasan muzakkir tentang kenyataan ulama itu ialah kerana wanita itu adalah IBU...jika IBU itu dari kalangan yang tidak baik..maka bagaimana anak yang bakal dilahirkan itu nanti....jika anak itu dilahirkan dari IBU yang baik...maka InsyaAllah anak yang dilahirkan akan menjadi manusia yang baik..

Saudari yang dirahmati Allah sekalian....saya pasti anda yang sedang membaca blog ini sekarang adalah dari kalangan wanita yang menjadi puteri harapan agama bangsa dan negara...

Anda adalah permata yang berharga..jadilah permata yang yang bukan hanya indah dimata...tetapi mempunyai harga dan nilainya tiada tara...

Anda adalah hiasan dunia...menghiasi,menemani dan mendampingi Adam dikala Adam menyepi,menyendiri kerana tiada peneman di sisi...
Namun Ingatlah....seindah hiasan adalah wanita SOLEHAH....


Tuesday, December 28, 2010

PLKN...WIRA WIRAWATI NEGARA

Assalamualaikum....bertemu lagi kita dalam post ana yang seterusnya....sedang asyik ana baca harakah daily dan berita harian online tad...tiba-tiba ada junior ana di KISAS minta petua dan nasihat...ana tanya nasihat apa?rupa-rupanya nasihat sebelum nak ke PLKN.....Sebelum itu ana nak betulkan tanggapan adik-adik yang anggap PLKN ni tak baik...sebenarnya bukan semuanya tak elok...certain thing sahaja yang tak baik...tetapi masih ada lagi perkara yang baik yang boleh adik-adik ambil disana...think positive...

Hmmmm...nak bagi nasihat apa yer...Mungkin sebelum ni ana pernah beritahu ana yang ana adalah salah seorang bekas pelatih PLKN di Kem Sentosa Chenderiang Tapah...dan Alhamdulillah ana dapat jadi pelatih wira terbaik disana seperti yang ana target...Alhamdulillah...

OK...adik-adik yang bakal ke PLKN sekalian...

Apabila anda sudah menjejakkan kaki anda di sana....anda perlu sedar bahawa anda sekarang sudah berada diluar persekitaran sekolah anda...jika dahulu sekolah anda ada biah solehah...kini tiada..jika dahulu disekolah anda semuanya orang melayu dan beragama Islam...kini tidak lagi...kerana pada masa itu ada akan bergaul dengan kawan yang pelbagai kaum...cina,india dan juga sikh...

Jika dahulu di sekolah rakan-rakan anda berlatar belakangkan SMKA..kini tidak lagi...kerana sudah ada rakan-rakan baru anda dari pelbagai jenis sekolah dan ragam....yang dari SMK dengan ragamnya..dari SM Teknik dengan ragamnya...

Jadi, ini mungkin menjadi satu faktor kepada berlakunya keejutan budaya "culture shock"....tapi perlu diingat bahawa jika anda membiarkan kejutan budaya itu menguasai diri anda, anda akan terus hanyut dek perkara yang tidak pernah alami....konklusinya...perkara pertama anda perlu terus istiqamah dengan apa yang sudah anda alami di sekolah lama...

next...Dalam proses anda menjalani latihan PLKN....anda semua akan didedahkan dengan lima aspek latihan...
1.Character Building(Pembinaan Karekter)
2.Phisical Training
3.Kebudayaan
4.Kenegaraan
5 Khidmat Komuniti..

Kelima-lima modul ini akan anda lalui sepanjang tempoh anda menjadi wira dan wirawati negara...

setiap modul ini dilakukan untuk mencapai matlamat utama iaitu perpaduan antara kaum...jadi bagi mencapai matlamat ini...sudah pasti memerlukan integration among all the races....

semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan bercampur dengan semua kaum dan antara lelaki dan perempuan...jadi perkara yang kedua...adik-adik semua kena pandai-pandai lah menjaga diri adik dengan helah yang baik...

Ana nak ingatkan adik-adik jangan memberontak jika apa yang ada di sana tidak seiringan dengan pendapat adik-adik....gunakan cara yang berhikmah....

Seterusnya...adik-adik nanti. akan diberi pelbagai keperluan yang akan digunakan semasa latihan seperti baju,seluar,boot, dan lain.....peringatan khusus bagi muslimat...cadangan ana...anda semua perlu memilih saiz yang besar dari saiz sebenar anda...jika anda saiz M, ambillah saiz L.....
Kenapa??
sebab pakaian di situ terutamanya pakaian sukan agak mudah menampakkan susuk tubuh...didepan mahupun di belakang...(maaf,tapi perlu sebut)...

Seterusnya...anda akan berhadapan dengan bangsa lain dan agama yang lain..jadi sudah pasti mereka itu tidak mengetahui tentang batas-batas pergaulan yang di ajar Islam...
Ana teringat semasa kejohanan sukan PLKN peringkat kem...ana dan kawan-kawan dapat masuk final lawan takraw...selepas tu kawan ana yang menganut agama kristian protestan..namanya Grace Koh....dia tanya "Rahman, how was your game? then i told her that i got to move to final...then suddenly...she wanted to hold my hand...tanda tahniah...tapi ana menolak dengan berkata...sorry grace.."Islam taught us boys cant touch girls"...then she understood....

mungkin cara ini agak sraight forward...ana rasa mungkin adik adik ada cara yang lebih baiik....

Hmmm...satu lagi pesanan ana kat adi-adik...bila dah sampai di PLKN nanti jalan lah kerja dakwah disana....bukan ana nak anda jadi presiden BADAR or presiden HAWA di sana...tetapi bantulah Ust yang menjalankan tanggungjawab atas urusan keagamaan disana..biasanya dikendalikan oleh Seorang anggota tentera yang berpangkat Koperal dai Kor Agama angkatan Tentera....ust disitu sebenarnya memerlukan bentuan...jadi bantulah mereka sekadar yang anda mampu...

hm,...... nak cakap apa lagi yer....

hhmmmm....macam ni lah....kalau adik-adik nak tanya apa-apa lagi tentang PLKN,nasihat,n tips macam mana nak jadi PELATIH WIRA TERBAIK....boleh tanya ana di Facebook...atau kat blog ana nih...

Semoga bertemu lagi...selamat maju jaya di ucapkan kepada bakal pelatih PLKN Wira Wirawati Negara....

Assalamualaikum


Monday, December 27, 2010

Mutiara ku Mutiara mu jua....

Assalmualaikum....Alhamdulillah...bertemu lagi kita pada post ana yang seterusnya...Ana rasa seronok sangat apabila ada kelapangan untuk menukilkan coretan bersama..terutamanya buat diri ana...

Pada kali ini ana akan menulis tentang mutiara...the thing that we know as pearl...
.
nanti....bukan tentang mutiara naga (dragon ball...)
tapi tentang mutiara yang cukup bernilai......dalam diri ana....

Mungkin bagi pelajar KISAS sudah dapat mengagak tentang apa yang ana nak ceritakan ini...tapi apa-apa pon..biar ana jelas kan apa yang dimaksudkan mutiara di sini...

Bagi mereka yang bukan pelajar kisas mutiara yang dimaksudkan di sini ialah...
ish..ana rasa pon susah untuk menterjemahkannya...sebab ianya sungguh abstrak...

Mungkin dengan situasi yang ana beri dapat memberi kejelasan untuk penerangan tentang mutiara yang ana maksudkan..

Ketika ana baru sahaja menjadi pelajar KISAS...senior,junior yang sedang bagi tazkirah...mesti mengungkapkan "Kutiplah Mutiara-Mutiara yang ada di KISAS ini"...

mulanya ana pon agak blur...mutiara apa...mutiara naga??tapi selepas ana menjalani kehidupan di KISAS..baru la ana mengerti apa yang dimaksudkan dengan mutiara itu.....

Sebelum ana masuk KISAS,ana sudah berniat untuk berubah bila masuk ke KISAS..awalnya ana merupakan seorang pelajar yang cukup nakal...n seorang yang tidak boleh berkompromi dengan student muslimat dengan muslimin ok jer..(macam anti muslimat la..)..tapi bukan semuanya...ana cukup meluat pada muslimat yang" menggedik"...sory cakap la...tapi yang bagus-bagus...ana respect la...ada juga student muslimat yang thiqah...

Tapi bila ana masuk ke KISAS ana cuba berubah untuk jadi lebih professional dalam berurusan.....namun pada awalnya ana gagal..sebab ana masih mempunyai sikap lama tu bila berada di KISAS...ada sekali ana bertengkar hingga muslimat tuh menangis...tidak silap ana..dah 4 orang dah menangis....tapi tu cerita dulu...ana rasa menyesal kenapa ana terlalu ikut perasaan...sepatutnya ana kena lebih bersabar..kerana hadis Rasulullah ada menyebut mafhumnya..."seorang yang kuat itu adalah mereka yang dapat menahan sabar nya"....

Alhamdulillah disaat akhir tempoh ana di KISAS...ana dapat jugak berubah...


Seterusnya...ketika ana berada di KISAS...banyak perkara yang ana dapat pelajari sepanjang ana berada disana...di KISAS...ada suatu yang di panggil "5 things unique in KISAS" iaitu
1.Tarbiyyah
2.Biah Solehah(Suasana yang solehah)
3.Ukhuwah
4.Teachers
5.Friends


Banyak perkara yang ana pelajari daripada lima perkara tu....dari sudut tarbiyyah,..di sini ana didedahkan dengan banyak program-program tarbiyyah...
Dari sudut Biah solehah pula...suasana di KISAS cukup membantu semua orang untuk melakukan amal ibadat dan kebaikan...

Ukhuwah...ana cukup teruja dengan kekuatan ukhuwah yang ada antara pelajar-pelajar disana...teutamanya pelajar tingkatan lima....

Dari sudut guru pula...ana rasa sungguh bertuah apabila dapat bertemu dengan guru-guru yang cukup Itqan fil Amal....mendidik dan membimbing pelajar-pelajar denagn penuh rasa tanggungjawab...

Kawan-kawan kat sini pula semuanya..saling ingat-mengingati..dan selalu saling bantu membantu...

Dan Ana rasa inilah Mutiara yang ana dapat sepanjang berada di KISAS...


Cuma...satu perkara yang ana perlu pasakkan dalam diri ana iaitu perkara yang akan menjaga mutiara yang ana dapat itu daripada hilang...
Apakah perkara itu....
Istiqamah.......
itu lah perkara yang perlu ana pasakkan dalam diri ana....dan ana rasa...semua pelajar KISAS perlu pasakkan perkara yang sama....jika anda tidak mahu mutiara itu hilang....ingatlah..."Fastaqim Kama Umirt" inilah syiar bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah...
Ana berharap dalam melaksanakan suatu perkara yang berat ini(ISTIQAMAH).....dapat ana laksanakan....bertemu lagi dalam post ana yang seterusnya...insyaAllah...Asslamualaikum...