Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Assalamualaikum....bertemu lagi kita dalam post ana yang seterusnya..apa khabar sidang pembaca sekalian..ana berharap agar anda semua berada dalam keadaan sihat wal a'fiat hendaknya...InsyaAllah....
Pada peminat nasyid mungkin anda semua sedia maklum dengan lirik lagu diatas...namun begitu biarlah ana beri tahu bahawa lirik lagu di atas adalah lirik lagu nasyid yang berjudul "Puteriku Sayang.." yang telah di popularkan oleh kumpulan Hijjaz...
Pada kali ini ana tertarik untuk berbicara berkenaan lagu diatas...dalam masa yang sama lagu ini adalah lagu kegemaran seorang sahabat ana yang banyak membantu ana dalam Bahasa Inggeris..dan sekarang dia sedang melanjutkan pelajarannya di Alexanderia Al-Azhar dalam bidang perubatan...
Ana cuba ingin membawa mesej yang terkandung dalam lagu ini buat tatapan semua...
secara keseluruhannya lagu ini adalah satu nasihat buat kaum hawa terutamanya remaja perempuan...
Pada ana wanita itu adalah ciptaan Allah yang kedua selepas Adam..iaitu Hawa...kita singkap kembali mengapa Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk nabi adam,kenapa tidak dari kaki, kenapa tidak dari kepala tetapi mengapa di bahu?
Bukan dari kaki untuk di alasi..bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat di bahu untuk dilindung...dekat jua di hati untuk di kasihi....
Ini lah keunikan wanita dari sejarah penciptaannya...
Tetapi ana berasa agak dukacita dengan melihat keadaan remaja perempuan sekarang...ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dengan pelbagai gejala sosial...ana,di sini bukan hendak memburukkan wanita,kerana ana juga memiliki adik perempuan,dan emak ana juga wanita...tetapi ana cuma ingin menyedarkan wanita khususnya remaja perempuan agar kembali kepada fitrah mereka...
Tahun 2010 melakar sejarah dengan dakwat hitam yang hodoh apabila rekod pembuangan bayi adalah yang terbanyak dari tahun sebelum-sebelumnya....segalanya berpunca dari hubungan luar nikah yang dilakukan anak remaja kini...mungkin dalam kalangan anak gadis tertipu atau terpedaya...tetapi saudari sekalian,ingatlah rangkap ketiga daripada lagu ini...(boleh rujuk di atas)
Kita juga mengetahui akan sejarah Islam tentang insan-insan yang terkorban di jalan Allah.....antaranya Sumayyah,Mashitah dan ramai lagi yang ana rasa anda semua lebih maklum...
Jadi insan-insan seperti inilah yang seharusnya menjadi sumber kekuatan dalam diri setiap wanita dalam meneruskan perjuangan menjadi sebagai seorang hamba Allah....
Ana pernah terdengar dalam satu tazkirah..muzakkir itu mengatakan seorang ulama pernah menyatakan bahawa untuk melihat manusia disuatu zaman itu...lihatlah pada wanita...jika baik wanita pada zaman itu..maka baiklah manusia..jika buruk wanita pada zaman itu maka buruklah manusia....
Penjelasan muzakkir tentang kenyataan ulama itu ialah kerana wanita itu adalah IBU...jika IBU itu dari kalangan yang tidak baik..maka bagaimana anak yang bakal dilahirkan itu nanti....jika anak itu dilahirkan dari IBU yang baik...maka InsyaAllah anak yang dilahirkan akan menjadi manusia yang baik..
Saudari yang dirahmati Allah sekalian....saya pasti anda yang sedang membaca blog ini sekarang adalah dari kalangan wanita yang menjadi puteri harapan agama bangsa dan negara...
Anda adalah permata yang berharga..jadilah permata yang yang bukan hanya indah dimata...tetapi mempunyai harga dan nilainya tiada tara...
Anda adalah hiasan dunia...menghiasi,menemani dan mendampingi Adam dikala Adam menyepi,menyendiri kerana tiada peneman di sisi...
Namun Ingatlah....seindah hiasan adalah wanita SOLEHAH....
2 comments:
salam ziarah..
" perempuan yg suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah.
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya....
kerana Allah teramat mencintainya.."
Ahsanti....Barakallahu fik
Post a Comment