Hiasan Sahaja..Hehehe

Monday, December 27, 2010

Fenomena Peperiksaan Umum.

Assalamualaikum...alhamdulillah...pada kali ini dapat lagi ana bertemu sidang pembaca sekalian....lega rasanya selepas tamat peperiksaan STPM yang lepas....Secara keseluruhannya,Alhamdulillah dapat jawab dengan baik..cuma sekarang ni,,,ana hanya berserah pada Allah S.W.T sahaja...kerana semuanya adalah dibawah naungan Nya...Kita dah merancang dan berusaha...sekarang berserah sahaja,,,

Pada kali ini ana ingin mengajak sidang pembaca untuk kita sama-sama menelusuri post ana kali ini berkaitan dengan tajuk yang ana dah tulis kat atas....

Yaaa...tepat sekali..tentang fenomena peperiksaan umum...
Bila bercakap tentang peperiksaan umum nih...semestinya tentang..
dan juga...
semua peperiksaan ni...adalah peperiksaan besar yang bakal di hadapi oleh pelajar-pelajar di malaysia...kecuali STPM kerana STPM hanya diambil bagi pelajar yang menyambung pengajian mereka ke peringkat Pra-Universiti ataupun dahulunya dikenali sebagai Ting.6...

Ana tak nak menerangkan tentang segala yang berkaitan dengan peperiksaan ni tapi ana ingin becerita tentang gelagat manusia (kita) apabila berhadapan dengan semua peperiksaan ni...

Ana membahagikan skop cerita ini kepada beberapa bahagian..
1.Sebelum menghadapinya.
2.Semasa menghadapinya.
3.Selepas menghadapinya(tunggu result)
4.Selepas dapat result.

dalam setiap setiap skop ini akan menceritakan pula gelagat manusia(kita) kita dalam situasi tersebut..

Situasi pertama ketika sebelum menghadapi peperiksaan...Ketika ni...memang tidak dapat di nafikan bahawa hampir semua pihak memainkan peranan yang besar....ketika ini guru akan sibuk mangadakan modul-modul soalan...bengkel-bengkel..kursus motivasi dan sebagainya sebagai persedian bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan...pelajar pula makin sibuk dengan latihan..tiada masa untuk melepak hanya buku dan pena menjadi teman....
Disekolah...majlis bacaan yassin dan solat hajat diadakan...memohon kejayaan daripada Allah yang Maha Esa....Si Ibu Dan Ayah di rumah..tidak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak mereka....ketika ini segala kudrat dikerah dengan sekerah-kerahnya....semuanya disebabkan peperiksaan yang bakal menjelma....

Situsi kedua pula...saat berada dalam zon peperiksaan yang besar ini...banyak perkara-perkara ajaib atau magic akan berlaku....siapa ahli magis ini....KITA la....ketika ini kita akan lihat musolla akan penuh,,..begitu ramai pelajar yang beri'tikaf di masjid..ketika ini juga ramai yang baru mengenali solat berjamaah...Isnin dan khamis pula makin ramai yang berpuasa sunat..jika dahulu tidak kerap solat jamaah...ketika ini semuanya akan solat berjamaah...ketika ini juga malam didirikan dengan solat hajat,taubat dan witir...Ini semua fenomena yang berlaku ketika berada di zon peperiksaan....ketika ini ana pernah terdengar dari mulut seorang sahabat ana...macam munafik ja...sebelum ni tak ingat nak beribadat cam ni(seperti diatas).....
Ana tanya antum semua...Kalau orang tu tak ingat lansung nak beribadat walaupun berada dalam zon peperiksaan cam na?berbanding orang yang baru nak ingat apabila berlaku kesusahan...?

Situasi ketiga...dah habis exam....semua seronok sangat bila exam dah habis....ketika itu tahniah diucapkan bagi yang istiqamah...yang dah terlupa....ingat,anda dah habis exam,tapi dah confirm ker dapat result cemerlang...ketika ini sepatutnya doa,solat,puasa yang kita lakukan perlu diteruskan....tanda kita masih bergantung pada Allah...Tapi kebanyakkannya dah lupa...ada yang berkata...masa exam hari tu tak dapat nak buat....skarang exam dah habis boleh nak buat macam-macam...knpa??exam dah habis...Ketika ini juga ada yang terlibat dengan plkn.....ada yang mula cari kerja...ada yang terus mengembara mencari ilmu...dan sebagainya....

Situasi terakhir..setelah mendapat result....waktu ini kita dapat melihat wajah-wajah kegembiraan pelajar yang cemerlang...si ibu dan bapa yang menangis dengan kejayaan anak-anak mereka...tada pula yang berwajah muram kerana result yang diperoleh....tidak cemerlang...ada juga dek kerana result tak cemerlang...ada yang sanggup bunuh diri...Nauzubillahhiminzalik....

Sidang pembaca sekalian...ini lah fenomena manusia(KITA) dengan semua peperiksaan ini....
Banyak gelagat-gelagat manusia(KITA) ini yang boleh kita ambil hikmah daripadanya...ana menasihatkan diri ana secara khasnya...
pertama,ketika sebelum menghadapi peperiksaan...begitu banyak persediaan yang kita lakukan semata-mata untuk peperiksaan umum itu....oleh itu untuk kita bertemu Allah yang maha Esa..kita juga perlukan bekalan yang baik agar kita tidak gagal di akhirat dan menjadi hambanya yang cemerlang selepas menghadapi peperiksaan di Dunia.....
Kedua...kebanyakkannya kita memandang serong pada orang yang mula berbuat baik apabila exam...bagi ana...ni pendapat jer...orang sebegini jangan kita pandang serong...tapi perlu kita bimbing...kerana mereka masih ada lagi kesedaran...berbanding orang yang tidak berubah walaupun waktu exam....ini kerana sudah menjadi fitrah manusia yang akan ingat pada Allah apabila berlaku kesusahan...tapi kesedaran itu janganlah...ketika exam sahaja...sebaiknya kita harus terus untuk berusaha istiqamah...walaupun istiqamah itu adalah satu cabaran yang besar....

ketiga,keadaan manusia(KITA) yang mudah lupa pada Allah...lepas exam ja...dah anggap bebas...nak buat apa yang tak boleh buat waktu exam....ana menasihatkan diri ana agar tidak bersikap sedemikian....jangan kita jadi seperti umat nabi Musa A.S..yang kufur kepada Allah selepas terlepas dari ancaman Firaun...

keempat....kejayaan yang datang kepada kita sebenarnya bukanlah milik kita ia datang daripada Allah...dan kegagalan itu bukanlah...satu malapetaka bagi kita...tetapi ia adalah ujian kepada kita.....bahkan ia boleh menjadi satu kebaikan bagi kita,,kerana Hadis Rasulullah mafhumnya...
"Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya,maka Allah akan memusibahkannya"

Itulah coretan untuk ana....semoga dapat memberi kesedaran buat diri ana dan sidang pembaca...Wallahua'lam...assalamualaikum.....

Saturday, October 16, 2010

Hari Ulang Tahun Ku...

Asslamualaikum kepada sahabat-sahabat sekalian...hhmm...dah lama tak post kat blog ana nih...ana sibuk sikit...dah nak dekat stpm..pastu tak da laptop plak...pastu kadang-kadang- tak da idea....
hahahaha....
tapi hari ni Alhamdulillah....laptop ada, ana pinjam kat kawan yang bawa, masa pon ada sikit-sikit, and paling important...hahaha...ada idea nak tulis apa....

Berdasarkan tajuk yang dah ana paparkan di atas confirm semua dah tahu kan nak cakap tentang apa...
Ya...tepat sekali tentang ulang tahun kelahiran ana...
Ana lahir 10-10-1991....10-10-10...adalah ulang tahun ana yang ke-19....Alhamdulillah....
Walaupun agak terlambat nak cakap sebab skrang dah 16-10-10...tapi tak pa la...ana cakap gak....


Cerita dya bermula begini...ehh...tapi sebelum tu ana nak cerita dulu tentang tarikh lahir ana nih....10-10- memang tarikh yang cantik....mudah dan senang nak ingat....tapi sedihnya...tak ramai yang ingat...yang ingat cuma family ja....tapi tak pa itu bukan satu masalah...ana tak kisah...yang penting ingat kawan...
Tarikh 10-10- inilah tarikh angkasawan pertama negara kita berlepas ke ISS di Kazakhtan...dan tarikh ini juga la dya bernikah...nanti ana nak bernikah pon nak guna tarikh lahir ana,,,ye lah..orang lain bernikah guna tarikh lahir ana tak kan ana nak guna tarikh lahir orang kot...dah tarikh lahir ana senang nak ingat..heheheh...selingan ja....

Ok,back to the story....masa tu 8 okt....ana outing hari jumaat....ana pergi Mydin....nak beli kek nak bagi kengkawan makan....ala kek murah ja... untuk cikgu-cikgu ana....ana dah suh mak ana wat kek batik untuk diorang....and then malam 9-10-10 tuh ana ajak sorang kawan ana nak gi bagi kek tu kat muslimat kelas ana..ana nak suh diorang kongsi makan...pastu kawan ana tanya..."kenapa nak bagi kek tu kat orang,bukan hari jadi kite orang yang bagi hadiah kat kite ker?"...hahahah.....satu point untuk ana jawab....sebelum tu ada seorang cikgu ana yang lahir pada 1 okt...pas tu ana wish la kat dya kan...pas tu ana tanya "cikgu takda apa-apa ker nak bagi?" cikgu pon jawab...".ish...patutnya awak la yang kena bagi..bukan saya..."hheheh...point kedua....

Dya sebenarnya cam nih.....tak kisah pon nak bagi ka taknak bagi ka....cuma sekarang nih ana nak bagi pendapat ana je lah....

Dalam kita menyambut hari ulang tahun kelahiran kita,pertama sekali ialah kita hendaklah bersyukur kepada Allah S.W.T...kenapa?
Sebab hingga ke hari itu kita masih dikurniakan nikmat kesihatan nikmat hidup...dan yang paling penting nikmat Iman dan Islam....
Kedua...kita hendaklah berterima kasih kepada kedua orang tua kita..kenapa?
Sebabnya,,,hingga ke hari ini kita sihat,kita berpendidikan kita cukup makan...semuanya berpunca daripada ibu bapa yang memainkan peranan yang penting dalam menjaga dan mengasuh kita....cuba bayang kan jika ibu dan ayah kita jenis bukan orang yang bertanggungjawab mungkin kita antara bayi yang dibuang merata-rata tempat...mungkin kita sudah berada di rumah anak yatim menjadi anak buangan....tapi sekarang Alhamdulillah...kita mempunyai ibu bapa yang baik...justeru kita perlu bersyukur....

Jadi macam mana nak bersyukur masa ulang tahun kelahiran kita?
Senang ja...tak yah susah...
First,sujud syukur kepada Allah.....
kedua kita kena lah bersedekah....bersedekah bukan sahaja dalam bentuk wang tapi apa-apa sahaja yang beroleh manfaat...macam ana wat...bagi makanan...hehehe

Sebab itu lah kalau hari jadi kita tiba...kita yang kena memberi, tanda syukur kita..bukan orang lain yang memberi...tapi tak salah kalau orang lain nak memberi...sebab kalau ada orang yang memberi kepada kita itu tandanya kita yang dapat HADIAH...kalau kita yang memberi,maksudnya SEDEQAH...

Jadi begitulah ceritanya....kesimpulannya...ana just nak bagi kengkawan semua jelas tentang fenomena orang sambut birthday nih...Ini cuma pandangan Ana sahaja...Andai ada sahabat-sahabat yang tidak sependapat..ana mohon maaf...bagi ana tak sependapat itu biasa...yang penting biar tak sependapat..tapi jangan kita berpecah sebagai umat Islam.
Ok lah....kita jumpa di lain episod...semoga kawan-kawan semua sihat-sihat dan sentiasa beroleh rahmat Allah,senyum-senyum selalu....

Assalamualaikum....

Wednesday, June 30, 2010

Putus Cinta...??





Assalamualaikum...sidang pembaca yang di kasihi..Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak mengupdate blog ini, akhirnya dapat lagi saya meluangkan masa untuk bersama berkongsi sedikit buah fikiran untuk tatapan pembaca,bukan sekadar tatapan tapi juga sebagai renungan untuk kita sama-sama memuhasabah diri dalam kita menelusuri kehidupan dunia yang sementara ini dan jalan yang penuh dengan onak dan duri fitnah dunia...

Saudara dan Saudari yang saya kasihi....Mungkin saudara dan saudari pernah bersiar-siar dan berjalan-jalan bersama rakan atau bersama ibu bapa di kota juga di desa...dan mungkin juga ketika saudara dan saudari sedang menikmati keindahan cipataan tuhan di taman-taman rekreasi,saudara dan saudari pernah terlihat pasangan anak muda yang sedang asyik berpacaran...sungguh mesra melihat telatah mereka ketika sedang memadu cinta dan asmara...ada yang berpegangan tangan, berpelukan dan bermacam-macam lagi yang saya rasa tak perlu dikhabarkan kerana semuanya sudah sedia maklum tentang telatah anak muda yang sedang asyik bercinta.....

Haiihh......macam mana la....

Ya memang mesra...tapi itu cuma sementara...kita dapat lihat memang ramai anak muda yang sedang asyik bercinta,namun begitu ramai juga yang putus cinta....

Saudara dan saudari....disini saya ingin meceritakan sedikit tentang rentetan kesan daripada putus cinta jika si pecinta itu terlalu taksub dengan cinta yang dibinanya yang hanya mampu bertahan untuk tempoh masa yang sementara.....


1.Si perempuan atau si Lelaki telah ditinggalkan oleh pasangan mereka...mereka berasa terlalu sedih...kerana mereka berkata "aku cintakan dia sepenuh jiwa dan raga ku....dialah sumber inspirasi ku..." dan bermacam-macam lagi ayat-ayat yang kita dengar daripada luahan orang yang telah putus cinta....

2.Kehidupan mereka jadi tak tentu hala....ibarat kata pepatah " mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena..." lebih kurang macam tu lah....jika dia seorang pekerja di pejabat...maka prestasinya akan hambar...jika dia seorang pelajar...maka prestasi akademiknya akan menurun..


3.Namun....kesan diatas itu,tak lah sehebat mana....ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai tahap pemikiran yang cetek...
ada yang sanggup mengambil jalan yang paling di murkai Allah....mereka sanggup membunuh diri,hanya kerana kekasih yang selama ini dicintai sudah tidak mencintainya lagi...
Ada pula yang sanggup membunuh kekasih baru bagi kekasih lamanya....
Astaghfirullahalazim....


Sidang pembaca yang saya kasihi.....sepatutnya...renung semula dalam diri kita...apa sebenarnya cinta yang kita faham..??apa perlu untuk kita bercinta..??tiada ker yang nak mencintai kita jika kita tak bercinta....??

saudara dan saudari....cinta adalah rasa fitrah semula jadi yang dikurniakan Allah dalam diri setiap manusia.....cinta itu suci....jadi wajarkah kita untuk memubuat sesuatu yang akan mencemarkan kesucian cinta yang dicipta tuhan dengan MAKSIAT???

Allah sentiasa mencintai kita....apa buktinya...?kita dikurniakan pelbagai yang nikmat...dimana nikmat itu sebenarnya kita sendiri tidak dapat untuk menghitungnya...
Allah mencintai hambanya dengan memberi nikmat,wajarkah kita mebalasnya dengan maksiat...

sebelum kita ingin bercinta, fikir seketika...sudahkah kita mencari cinta Allah...??
Jika belum...cintalah pada Allah terlebih dahulu....carilah cintaNya terlebih dahulu...jika anda sudah menjumpai cintaNya...sedarlah,bahawasanya,anda baru sahaja menjumpai cinta Allah dan ingin mula menncintai Allah...sedangkan Allah sudah lama lagi mencintai anda....Subhanallah...


saudara dan saudari...seharusnya jika kita putus cinta...bukan kesan-kesan di atas yang kita patut lakukan...tapi sebaliknya.....
jika putus cinta.....kita kena sentiasa fikir ada ramai lagin yang akan mencintai kita...keluaraga rakan, dan juga pencipta kita Allah SWT......

jika orang yang putus cinta rasa hidup jadi tak tentu hala...sepatutnya,orang yang putus cinta perlu lebih bersemangat....jika di pejabat tingkatkan prestasi kerja...jika pelajar di sekolah...perlu tingkatkan lagi usaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran....kerana mereka perlu sedar ketika itu,anda bebas daripada dosa maksiat bercinta...tiada dosa bermakna tiada penghalang untuk Allah memberi kejayaan pada kita...justeru itu anda wajib berasa bersyukur...

Saudara Dan saudari.....saya rasa setakat ini sahajalah coretan yang dapat saya kongsikan bersama semua.....diharapkan ia dapat memberikan pengajaran kepada diri saya khususnya...dan kepada semua ikhwah dan akhowat secara amnya....
Terima Kasih,,,Assalamualaikum....